21 February 2009


Mak saya teringin nak makan puding telur gula karamel. resipi dia simple ajer....

Bahan
1 tin susu cair
5 biji telur saiz A
2 sudu makan vanila esen
1/2 cawan gula pasir

Bahan untuk gula karamel
1/2 cawan air
5 sudu makan gula pasir

Cara-cara

Gula karamel
Masukkan air dan gula . Panaskan dengan api yang sederhana. Gula akan melarut dan tunggu sehingga larutan gula menjadi pekat dan mula bertukar kekuningan dan angkat segera dari api, kerana proses pemanasan masih berlaku, warna nya akan bertukar menjadi lebih gelap (perang tua) . Segera tuang ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit mentega di keliling bahagian tepinya. Untuk memudahkan proses menghidangkan nya...

Puding

1. Pecahkan telur dan masukkan susu cair dan kesemua bahagian.
2. ops saya lupa nak tulis di atas, masukkan sedikit garam (untuk menambah rasa lemak )
3. Kacau sampai sebati tetapi jangan sampai terlampau berbuih.
4. Last sekali tuangkan kedalam loyang yang telah tersedia tadi.
5. Kukuskan selama 10 - 15 minit.
6. Hidangkan selepas disejukkan selama 1 jam di dalam peti ais.
















No comments:

Post a Comment