28 March 2009

koleksi tanaman











kek keju orange




Minggu nie teringin plak nak mencicip kek keju, sejak dua menjak nie, kalau teringin nak makan apa-apa jenis kek , kenalah rasa sikit2 buat hilang rasa mengindam...hehhehhe

27 March 2009

cooking with love

Betul pepatah di atas, kalau nak memasak mestilah dengan hati yang tenang. Kalau tengah marah-marah, memang tak akan menjadi walaupun resipi tu simple gila dan berpuluh kali sudah masak. tadi masak puding caramel telur lagi, tapi masak tengah marah, tak jadi.....
kalau difikir-fikirkan semua kerja tak kira apa kerja pun, perlu dibuat dengan ikhlas dan niat kerana Allah.

16 March 2009

kek keju coklat dan strawberi




Resipi nie simple ajer, saya reka sendiri setelah melihat pelbagai laman web dan rancangan masakan. Kek keju ini senang sebab tak perlu bakar cuma perlu jaga kuantiti gelatin. (jangan terlebih atau terkurang)



Resipi
250 g Cream cheese
200g cream milk
2 sudu makan gelatin
5 sudu air
1/2 cawan serbuk koko
5 biji strawberi
1 sudu teh orange paste
2 cawan gula icing ( kalau nak manis boleh lebihkan sedikit)
20 keping biskut marie ( mana-mana jenis biskut pun boleh )
100 gram mentega

Cara-cara buat crust kek keju

1. Hancurkan atau mesinkan biskut marie.
2. Cairkan mentega dan tuang keatas biskut marie dan gaulkan sampai rata-pastikan aduanan basah sedikit, kalau kering ,tambahkan lagi mentega cair.
3. Ini petua saya dapat dari kak nurr, tak payah nak beli bekas kek mahal-mahal, anda cuma beli plastik untuk balut kek dan lekatkan plastik itu mengikut saiz pinggan.
4. Masukkan campuran biskut marie kedalam plastik dan ratakan dan tekan pelahan-lahan sampai padat , masukkan kedalam peti ais
sementara itu and boleh mulakan langkah dibawah ini...
Cara-cara
1. Masukkan serbuk gelatin dan air kedalam periuk kecil dan panaskan secara "double boiling".
2. Setelah gelatin larut. Angkat dan ketepikan sebentar.
3. Pukul susu krim sehingga pekat dan masukkan gula sedikit demi sedikt sehingga habis. pukul sampai kembang.
4. Masukkan serbuk koko , orange paste dan strawberi ( strawberi tu saya belah dua dan tabur sedikit gula dan biarkan sebentar 4-5 minit, stramberi akan menjadi lembik, lepas tu hacurkan dengan garpu)
5. Masukkan cream cheese( ikutlah mana-mana jenama yang anda suka) -cream cheese tu potong kecil-kecil dan biarkan pada suhu bilik sebentar.
6.Masukkan gelatin .Pukul sehinga sebati dan kembang
7. Keluarkan pinggan tadi tu, tuang adunan kedalam plastik tu dan ratakan dan hiaskan ikut suka hati dan perasaan anda.
Masukkan kedalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum boleh makan.

Hantaran Pertunangan




Carrot yang diperbuat dari span yang di isi dengan gula, adik saya yang buat.

14 March 2009

kek fondant yang ketiga







Kek nie dibuat untuk sepupu sempena majlis pertunangan. Ini kek fondant yang ketiga, masih belajar dan banyak benda keperluan yang masih tidak mencukupi. Terima kasih kat Kak Nurr kerana pinjamkan set flower cutter. lepas ni saya nak cuba buat bunga dari sugar paste.

Kek marble


Ini kek marble yang diambil dari blog mat gebu. resipi beliau kek marble trio ada warna merah ( stramberry) , warna coklat ( coklat emulco) dan warna asal adunan. saya buat dua warna saja.

07 March 2009

CHICKEN CHOPS DENGAN SOS LADA HITAM SERI PETANI

Resepinya....

Chicken chops.......
5 ketul dada ayam( di potong secara "butterfly" }
1/2 cawan tepung jagung
2 paket tepung goreng ayam { mana-mana jenama yang disukai }
2 biji telur { dipukul }

Kuahnya.....
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 kiub stok ayam
60 gram butter
5 sudu makan minyak masak {minyak zaitun pun boleh...}
3 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan lada hitam
garam secukup rasa

CARA_CARA
1. Dada ayam dicelup dalam tepung jagung {untuk membolehkan banyak telur ayam melekat}
2. Celup ke dalam telur.
3. Last sekali celup ke dalam tepung goreng ayam.
4. Goreng sampai masak dan garing keemasan.

Kuahnya....
1. Masukkan minyak masak dan butter.
2. Bila butter sudah cair dan panas. masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. Tumis sampai lembut.
4. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 3 - 4 minit untuk memastikan tepung masak. { Kecilkan api }
5. Masukkan kiub ayam yang sudah di cairkan dengan 4 cawan air dan kacau sehingga sebati( sesiapa ada stok ayam boleh guna juga..)
6. Masukkan lada hitam { anda boleh masukkan cendawan butang}
7. Renehkan sampai pekat { 5-6 minit dengan api kuat}
8. Masukkan garam secukup rasa .
(petua nak bagi sos berkilat: bila dah sos sudah pekat alihkan dari dapur , masukkan 3 ketul butter dan kacau sehingga cair, sos akan nampak berkilat.
9. Anda boleh hidangkan bersama dengan salad, kentang goreng ataupun kacang panggang.