19 May 2009

Coklat chip mendap di bahagian bawah dan membentuk satu lapisan koko emmm manis la pulak ......
selepas di kukus


sebelum di kukus

Gambar kek kukus sebelum masak dan selepas

Kek Kukus Biskut Cream Cracker Chew Lee Nee






Saya dapat resipi ni dari kawan sekerja saya, Puan Chew, dia pernah bawa kek nie untuk dirasa, tapi tak sempat, teringin nak mencuba, tapi saya ajes sikit resipi saya campur coklat chip dan terus kukus, sebenarnya kek nie dibuat macam kek lapis tapi disebabkan kerajinan yang pada tahap minimun saya kukus semua sekali resipi asal nya di bawah, mudah saja bahan yang tidak banyak dan agak mudah serta insyaallah sedap rasanya.

Bahan -bahan
26 keping biskut crackers jaccobs
Gula 10 sudu makan
Telur 10 biji
Sedikit milo atau serbuk koko
mentega 125 gram

Cara-cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang ( warna keputihan ) dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sehingga sebati . masukkan biskut kacau sampai sebati. Asingkan kepada dua adunan. Satu adunan campurkan dengan serbuk koko atau milo. Sapu kan mentega pada Loyang dan masukkan Loyang dalam periuk kukus selama 5 minit dan keluarkan dan masukkan lapisan pertama (adunan biasa) masukkan kedalam periuk kukus, selama 5 minit dan lapiskan lapisan kedua ( adunan koko) buat mengikut tahap kerajinan anda. Selepas masukkan semua kukuskan selama 30 minit, boleh check guna lidi

09 May 2009

peria katak goreng ranggup.


Masakan ni saya cuba bila makan kat kedai mamak tahun 1999, sepuluh tahun dulu masa tu kerja kat Hotel kat bukit bintang. Peria di potong nipis-nipis , di campur kunyit dan garam kemudian di goreng sampai garing, sedap di makan ....rasa pahit tak terasa sangat.
Bahan
5-7 biji peria katak
3 tangkai cili kering ( kalau nak pedas boleh tambah ikut sesuka hati)
Bawang besar 1 biji ( di mayang )
garam
serbuk kunyit
kalau suka sedikit lada hitam

cara-cara nya
1. potong peria katak nipis-nipis dan gaul kan 2 sudu teh garam, gaulkan sampai ebati dan masukkan kedalam bekas yang berlubang( garam akan mengeluarkan cecair dari peria , ini mengurangkan rasa pahit dan memudahkan peria untuk garing dengan cepat)
2. tinggalkan peria itu selam 15 minit.
3. selepas itu, perah peria supaya cecair keluar lagi.
4. masukkan kunyit dan sedikit garam , gaulkan sampai sebati (kalau suka pedas sikit tambah lada hitam )
5. cili dan bawang di potong nipis-nipis.
6. goreng peria katak sampai garing dan keemasan.
7. kenudian goreng bawang dan cili kering sampai garing juga.
8. gaulkan semuanya di dalam mangkuk dan bolehlah di hidangkan bersama nasi dan lauk kegemaran anda.