27 December 2009
28 September 2009
Tempahan Kek Fondant
Sekarang rasa berani nak offer " Tempahan kek Fondant" kepada sesiapa yang tinggal di sekitar Sungai Petani boleh menghubungi saya melalui email
azack7488@yahoo.com
azack7488@yahoo.com
Selamat Menyambut Hari Raya
Ingat sempena bulan ramadhan yang lepas nak tulis tentang resipi-resipi kuih raya dan resipi berbuka, di sebabkan kesuntukkan masa dan tenaga di bulan puasa. tak laaa blog nie di updatekan.
Petua semasa membuat biskut raya.
1* Jangan memukul mentega dan gula sehingga terlampau putih(macam nak buat Kek). Nanti biskut naik dan naik sampai tak cantik bentuknya.
2* kalau boleh perap adunan biskut sekurang2 1 jam di dalam peti ais kalau boleh sampai seminggu. Adunan tepung itu hendaklah dibalut dengan rapat2 . ( plastik wrapper atau bekas plastik yang bertudung) Cuba la nanti anda akan rasa perbezaannya.
3* guna butter tulen. Beli butter yang tertulis Pure Butter. Biskut lebih wangi , sedap dan tahan lama.
Boleh la sesiapa guna petua nie masa menyambut raya haji nanti....

15 September 2009
Kek pertunangan untuk adik lelaki
Kalau sudah ada jodoh tak kan kemana....
Ini kek Fondant butter oren.
kek bertemakan warna biru
Ini kek Fondant butter oren.
kek bertemakan warna biru
Emmmm, saya nie jenis tak leh buat kerja dalam keadaan stress. masa membuat adunan icing fondant terlupa masuk shortening, masa nak letak atas kek , icing fondant tu merekah dibahagian tepi, macam nak pengsan rasa nya, lepas tu dapat idea letak bunga putih dan buat ranting2 dengan niat nak menutup kesilapan.
dalam rancangan, nak buat renda2 dan lace dari royal icing,
09 August 2009
KUIH PAU
sebelum dikukus
Baru lepas dikukus
Resipi ni memang nampak susah sikit, tapi berbaloi , kalau dah sejuk masih lembut untuk dimakan..
Kuih Pau
BAHAN A( IBU)
450 gram tepung hong kong atau tepung pau
1 sudu makan yeast kering
300 gram air suam
1 sudu makan gula
BAHAN B
300 gram tepung hong kong atau tepung pau
200 gram gula
50 g air
2 sudu kecil baking powder( double action)
1 ½ sudu kecil ammonia bikarbonat( untuk melembutkan pau)
60 gram shortening (lemak sayur)
Cara-cara
1. Campur bahan A –tepung + yeast + gula + air uli sampai sebati. Rehatkan selama 2 jam.
2. Selepas dua jam masukkan bahan B ke dalam bahan A. Masukkan air+shortening+ammonia+gula+baking powder double action dan tambah tepung-uli sampai sebati. Uli sampai adunan , kalau dicubit macam bergetah. Kalau uli tangan nak dekat 30 jam pun tak cukup. 45 minit. Kalau pakai mesin atau bread maker mungkin dalam 20 minit.
3. Rehatkan ½ jam.
4. Uli bulat-bulat mengikut saiz yang diigin. Masukkan inti samada kari ayam ke, sekaya ke, kacang hitam ke.
5. Rehatkan lima – sepuluh minit bagi dia naik lagi. Kukus . kalau pau sebesar penumbuk tangan kukus selama 13 minit je dengan api yang kuat.
6. Kalau lama kulit dia tak cantik. Kalau kecil pau tu kurangkan sikit masa kukus
Selamat mencuba.....

31 July 2009
Knowledge is power
Memang betul pepatah di atas Zaman sekarang sesiapa yang punyai maklumat dan pandai memanipulasikan maklumat yang ada, boleh mendatangkan keuntungan yang besar.
Di Malaysia setahu saya dah ada dua syarikat yang mempunyai maklumat tentang peminjam-peminjam yang liat nak bayar dan kena conteng arang hitam likat ( black listed )
Kalau dah kena black listed susah pulak dan putihkan. Memang nasib malang sesiapa yang kena black listed. tapi trend sekarang hutang kad kredit terlepas bayar sebulan pun dah ada pihak bank yang menuntut ala-ala along terhormat.
Saya teringat petikan isi dari hadis seperti berikut Hutang menyebabkan seseorang itu dalam kehinaan.
Memang betul. Yang penting jangan tinggalkan solat dan banyak berdoa dan berusaha. Kekadang kita lupa pada yang Maha Esa. sememangnya rezeki datang dari Allah.
Kaki kakiku kaki
Kaki bodek
kaki ampu
kaki mandram
kaki mengadu
kaki hasad dengki
kaki kipas ( sekarang dah jadi kaki air cond)
kaki kutuk
kaki tikam belakang
kalau ada manusia jenis - jenis di atas, alamat nya tempat kerja kita dengan serta merta akan menjadi seperti neraka.
Tak da keseronokan berkerja, kita pun mudah depressi............ Untuk ketua atau bos-bos memang malang nasib mereka, samada mereka pandai mengawal atau kena kawal oleh manusia-manusia ini.
30 July 2009
Patut laaaa Peminjam Along Susah nak dihapuskan
Tak tahu laa nak cakap, kalau nak buat pinjaman bank, punya laa susah, banyak prosedur dan kekadang Pihak bank banyak cekadak,
Memang ramai yang terjebak, semua nya orang yang terdesak dan bagi mereka itu laa jalan keluar tetapi itu jalan kehancuram.
Memang ramai yang terjebak, semua nya orang yang terdesak dan bagi mereka itu laa jalan keluar tetapi itu jalan kehancuram.
23 July 2009
feri Pulau Pinang ? Penang Ferry
Dulu-dulu ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, feri Pulau Pinang semuanya warna kuning, nama feri sempena nama pulau-pulau, contohnya pulau setulang dan sebagainya.
Masa tu saya duk ingat feri ni pi ke pulau - pulau tu, dulu selalu pergi melawat ibu saudara kat bagan dalam, saya dulu duduk kat kg doby ghat, emmm kenangan masa lalu......
Masa tu saya duk ingat feri ni pi ke pulau - pulau tu, dulu selalu pergi melawat ibu saudara kat bagan dalam, saya dulu duduk kat kg doby ghat, emmm kenangan masa lalu......
22 July 2009
Kraf Gula
Buku yang bertajuk kraf gula ni , saya rasa amat bagus, kerana memberi inspirasi dan pendedahan kepada teknik-teknik yang baru untuk menghasilkan kek fondant atau sugar paste.
Saya beli buku ni berharga RM 30. Saya rasa berbaloi untuk orang yang baru mencuba seperti saya.
Saya beli buku ni berharga RM 30. Saya rasa berbaloi untuk orang yang baru mencuba seperti saya.
17 June 2009
kek Fondant ke 4, ke 5 dan Ke 6
HANTARAN PIHAK LELAKI KEK PENGANTIN
HANTARAN PIHAK PEREMPUAN
HANTARAN PIHAK PEREMPUAN
cuti sekolah yang lepas, saya telah buat dua kek fondant untuk hantaran dan satu kek pengantin. Saya banyak mempelajari cara mengawal perasaan diri dan amarah kerana Icing ini memang memerlukan tahap kesabaran dan ketabahan dan ketelitian yang amat tinggi... emm alhamdulilah berjaya juga membuat nya..
19 May 2009
Kek Kukus Biskut Cream Cracker Chew Lee Nee
Saya dapat resipi ni dari kawan sekerja saya, Puan Chew, dia pernah bawa kek nie untuk dirasa, tapi tak sempat, teringin nak mencuba, tapi saya ajes sikit resipi saya campur coklat chip dan terus kukus, sebenarnya kek nie dibuat macam kek lapis tapi disebabkan kerajinan yang pada tahap minimun saya kukus semua sekali resipi asal nya di bawah, mudah saja bahan yang tidak banyak dan agak mudah serta insyaallah sedap rasanya.
Bahan -bahan
26 keping biskut crackers jaccobs
Gula 10 sudu makan
Telur 10 biji
Sedikit milo atau serbuk koko
Gula 10 sudu makan
Telur 10 biji
Sedikit milo atau serbuk koko
mentega 125 gram
Cara-cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang ( warna keputihan ) dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sehingga sebati . masukkan biskut kacau sampai sebati. Asingkan kepada dua adunan. Satu adunan campurkan dengan serbuk koko atau milo. Sapu kan mentega pada Loyang dan masukkan Loyang dalam periuk kukus selama 5 minit dan keluarkan dan masukkan lapisan pertama (adunan biasa) masukkan kedalam periuk kukus, selama 5 minit dan lapiskan lapisan kedua ( adunan koko) buat mengikut tahap kerajinan anda. Selepas masukkan semua kukuskan selama 30 minit, boleh check guna lidi

09 May 2009
peria katak goreng ranggup.
Masakan ni saya cuba bila makan kat kedai mamak tahun 1999, sepuluh tahun dulu masa tu kerja kat Hotel kat bukit bintang. Peria di potong nipis-nipis , di campur kunyit dan garam kemudian di goreng sampai garing, sedap di makan ....rasa pahit tak terasa sangat.
Bahan
5-7 biji peria katak
3 tangkai cili kering ( kalau nak pedas boleh tambah ikut sesuka hati)
Bawang besar 1 biji ( di mayang )
garam
serbuk kunyit
kalau suka sedikit lada hitam
cara-cara nya
1. potong peria katak nipis-nipis dan gaul kan 2 sudu teh garam, gaulkan sampai ebati dan masukkan kedalam bekas yang berlubang( garam akan mengeluarkan cecair dari peria , ini mengurangkan rasa pahit dan memudahkan peria untuk garing dengan cepat)
2. tinggalkan peria itu selam 15 minit.
3. selepas itu, perah peria supaya cecair keluar lagi.
4. masukkan kunyit dan sedikit garam , gaulkan sampai sebati (kalau suka pedas sikit tambah lada hitam )
5. cili dan bawang di potong nipis-nipis.
6. goreng peria katak sampai garing dan keemasan.
7. kenudian goreng bawang dan cili kering sampai garing juga.
8. gaulkan semuanya di dalam mangkuk dan bolehlah di hidangkan bersama nasi dan lauk kegemaran anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)