09 August 2009

KUIH PAU

sebelum dikukus
Baru lepas dikukus

Resipi ni memang nampak susah sikit, tapi berbaloi , kalau dah sejuk masih lembut untuk dimakan..

Kuih Pau
BAHAN A( IBU)
450 gram tepung hong kong atau tepung pau
1 sudu makan yeast kering
300 gram air suam
1 sudu makan gula

BAHAN B
300 gram tepung hong kong atau tepung pau
200 gram gula
50 g air
2 sudu kecil baking powder( double action)
1 ½ sudu kecil ammonia bikarbonat( untuk melembutkan pau)
60 gram shortening (lemak sayur)
Cara-cara
1. Campur bahan A –tepung + yeast + gula + air uli sampai sebati. Rehatkan selama 2 jam.
2. Selepas dua jam masukkan bahan B ke dalam bahan A. Masukkan air+shortening+ammonia+gula+baking powder double action dan tambah tepung-uli sampai sebati. Uli sampai adunan , kalau dicubit macam bergetah. Kalau uli tangan nak dekat 30 jam pun tak cukup. 45 minit. Kalau pakai mesin atau bread maker mungkin dalam 20 minit.
3. Rehatkan ½ jam.
4. Uli bulat-bulat mengikut saiz yang diigin. Masukkan inti samada kari ayam ke, sekaya ke, kacang hitam ke.
5. Rehatkan lima – sepuluh minit bagi dia naik lagi. Kukus . kalau pau sebesar penumbuk tangan kukus selama 13 minit je dengan api yang kuat.
6. Kalau lama kulit dia tak cantik. Kalau kecil pau tu kurangkan sikit masa kukus
Selamat mencuba.....

31 July 2009

Knowledge is power




Memang betul pepatah di atas Zaman sekarang sesiapa yang punyai maklumat dan pandai memanipulasikan maklumat yang ada, boleh mendatangkan keuntungan yang besar.

Di Malaysia setahu saya dah ada dua syarikat yang mempunyai maklumat tentang peminjam-peminjam yang liat nak bayar dan kena conteng arang hitam likat ( black listed )

Kalau dah kena black listed susah pulak dan putihkan. Memang nasib malang sesiapa yang kena black listed. tapi trend sekarang hutang kad kredit terlepas bayar sebulan pun dah ada pihak bank yang menuntut ala-ala along terhormat.

Saya teringat petikan isi dari hadis seperti berikut Hutang menyebabkan seseorang itu dalam kehinaan.

Memang betul. Yang penting jangan tinggalkan solat dan banyak berdoa dan berusaha. Kekadang kita lupa pada yang Maha Esa. sememangnya rezeki datang dari Allah.






Kaki kakiku kaki














Kaki bodek

kaki ampu

kaki mandram

kaki mengadu

kaki hasad dengki

kaki kipas ( sekarang dah jadi kaki air cond)

kaki kutuk

kaki tikam belakang




kalau ada manusia jenis - jenis di atas, alamat nya tempat kerja kita dengan serta merta akan menjadi seperti neraka.



Tak da keseronokan berkerja, kita pun mudah depressi............ Untuk ketua atau bos-bos memang malang nasib mereka, samada mereka pandai mengawal atau kena kawal oleh manusia-manusia ini.

30 July 2009

Patut laaaa Peminjam Along Susah nak dihapuskan

Tak tahu laa nak cakap, kalau nak buat pinjaman bank, punya laa susah, banyak prosedur dan kekadang Pihak bank banyak cekadak,

Memang ramai yang terjebak, semua nya orang yang terdesak dan bagi mereka itu laa jalan keluar tetapi itu jalan kehancuram.

23 July 2009

feri Pulau Pinang ? Penang Ferry

Dulu-dulu ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, feri Pulau Pinang semuanya warna kuning, nama feri sempena nama pulau-pulau, contohnya pulau setulang dan sebagainya.
Masa tu saya duk ingat feri ni pi ke pulau - pulau tu, dulu selalu pergi melawat ibu saudara kat bagan dalam, saya dulu duduk kat kg doby ghat, emmm kenangan masa lalu......

permandangan desa


22 July 2009

Kraf Gula

Buku yang bertajuk kraf gula ni , saya rasa amat bagus, kerana memberi inspirasi dan pendedahan kepada teknik-teknik yang baru untuk menghasilkan kek fondant atau sugar paste.
Saya beli buku ni berharga RM 30. Saya rasa berbaloi untuk orang yang baru mencuba seperti saya.

my plant at the office

Sireh puteri atau Money plant

17 June 2009

kek Fondant ke 4, ke 5 dan Ke 6


HANTARAN PIHAK LELAKI KEK PENGANTIN


HANTARAN PIHAK PEREMPUAN
cuti sekolah yang lepas, saya telah buat dua kek fondant untuk hantaran dan satu kek pengantin. Saya banyak mempelajari cara mengawal perasaan diri dan amarah kerana Icing ini memang memerlukan tahap kesabaran dan ketabahan dan ketelitian yang amat tinggi... emm alhamdulilah berjaya juga membuat nya..










19 May 2009

Coklat chip mendap di bahagian bawah dan membentuk satu lapisan koko emmm manis la pulak ......
selepas di kukus


sebelum di kukus

Gambar kek kukus sebelum masak dan selepas

Kek Kukus Biskut Cream Cracker Chew Lee Nee






Saya dapat resipi ni dari kawan sekerja saya, Puan Chew, dia pernah bawa kek nie untuk dirasa, tapi tak sempat, teringin nak mencuba, tapi saya ajes sikit resipi saya campur coklat chip dan terus kukus, sebenarnya kek nie dibuat macam kek lapis tapi disebabkan kerajinan yang pada tahap minimun saya kukus semua sekali resipi asal nya di bawah, mudah saja bahan yang tidak banyak dan agak mudah serta insyaallah sedap rasanya.

Bahan -bahan
26 keping biskut crackers jaccobs
Gula 10 sudu makan
Telur 10 biji
Sedikit milo atau serbuk koko
mentega 125 gram

Cara-cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang ( warna keputihan ) dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sehingga sebati . masukkan biskut kacau sampai sebati. Asingkan kepada dua adunan. Satu adunan campurkan dengan serbuk koko atau milo. Sapu kan mentega pada Loyang dan masukkan Loyang dalam periuk kukus selama 5 minit dan keluarkan dan masukkan lapisan pertama (adunan biasa) masukkan kedalam periuk kukus, selama 5 minit dan lapiskan lapisan kedua ( adunan koko) buat mengikut tahap kerajinan anda. Selepas masukkan semua kukuskan selama 30 minit, boleh check guna lidi

09 May 2009

peria katak goreng ranggup.


Masakan ni saya cuba bila makan kat kedai mamak tahun 1999, sepuluh tahun dulu masa tu kerja kat Hotel kat bukit bintang. Peria di potong nipis-nipis , di campur kunyit dan garam kemudian di goreng sampai garing, sedap di makan ....rasa pahit tak terasa sangat.
Bahan
5-7 biji peria katak
3 tangkai cili kering ( kalau nak pedas boleh tambah ikut sesuka hati)
Bawang besar 1 biji ( di mayang )
garam
serbuk kunyit
kalau suka sedikit lada hitam

cara-cara nya
1. potong peria katak nipis-nipis dan gaul kan 2 sudu teh garam, gaulkan sampai ebati dan masukkan kedalam bekas yang berlubang( garam akan mengeluarkan cecair dari peria , ini mengurangkan rasa pahit dan memudahkan peria untuk garing dengan cepat)
2. tinggalkan peria itu selam 15 minit.
3. selepas itu, perah peria supaya cecair keluar lagi.
4. masukkan kunyit dan sedikit garam , gaulkan sampai sebati (kalau suka pedas sikit tambah lada hitam )
5. cili dan bawang di potong nipis-nipis.
6. goreng peria katak sampai garing dan keemasan.
7. kenudian goreng bawang dan cili kering sampai garing juga.
8. gaulkan semuanya di dalam mangkuk dan bolehlah di hidangkan bersama nasi dan lauk kegemaran anda.

18 April 2009

Roti bawang putih/ garlic bread

Bahan-bahan
1 buku roti francis
50 g butter
5 ulas bawang putih.

cara -caranya
1. tumbuk bawang putih sampai lumat dan gaul sampai sebati dengan butter.
2. potong roti mengikut citarasa anda dan sapu.
3. bakar di dalam oven selama 5-8 minit dengan suhu 1650C.

16 April 2009

tortia gulung telur

semalam jalan kat Giant SP , ternampak tortia teringin nak cuba buat makanan ala-ala mexico ... sebab dalam peti ais dah tersedia buah avocardo selama seminggu.
Gambar tak sempat nak ambik sebab lepas sampai kat rumah dari kerja terus buat dan terus makan , dah makan baru tersedar diri....gambar tak ambil untuk up load kat blog ni..

bahan-bahannya
1 paket tortia ( ada lima keping ), saya pakai 2 keping ( sebab makan 2 orang aje)
telur rebus 3 biji
1/2 biji tomato
sedikit kobis
separuh avacardo (potong kiub)
lada hitam secukup rasa
garam juga secukup rasa
6 sudu makan mayonis

cara-caranya
1. Telur rebus dihancur dengan garpu dan masukkan tomato , kobis , garam, lada hitam dan mayonis.
2. gaul sampal rata.
3. Bakar roti tortia di atas kuali leper ( saya suka garing ). Panaskan ikut citarasa anda.
4. angkat dari kuali dan sapu sedikit mayonis thousand island , letak bahan-bahan nya dan gulung dan ngap.
5. Masa yang ambil lebih kurang 5 minit , kalau campur masa telur rebus siap emmm 15 minit.. ok bila tergesa-gesa nak makan...
kalau sesiapa sudi mencuba sila kan..

13 April 2009

Tonto

Tonto kalau lah tak silap ejaan nya. mereka nie di guna oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk memantau pergerakkan pihak berkuasa. sekarang nie kat tempat kerja, dah ada dah tonto tak bertauliah, tonto jenis nie memantau pergerakan anda ditempat kerja dan melapor kepada boss anda, mesti ada jenis orang macam nie, memang bagus bagi boss-boss dapat maklumat tentang pekerja bawahan mereka tapi berhati-hatilah dengan maklumat tu, boss-boss pun pantau laa orang bawahan awak berkerja macam mana jangan asyik dengar cakap tonto-tonto anda. entah-entah tonto - tonto untuk boss-boss nie raja meng "ular " .
"kepimpinan melalui teladan

28 March 2009

koleksi tanaman











kek keju orange




Minggu nie teringin plak nak mencicip kek keju, sejak dua menjak nie, kalau teringin nak makan apa-apa jenis kek , kenalah rasa sikit2 buat hilang rasa mengindam...hehhehhe

27 March 2009

cooking with love

Betul pepatah di atas, kalau nak memasak mestilah dengan hati yang tenang. Kalau tengah marah-marah, memang tak akan menjadi walaupun resipi tu simple gila dan berpuluh kali sudah masak. tadi masak puding caramel telur lagi, tapi masak tengah marah, tak jadi.....
kalau difikir-fikirkan semua kerja tak kira apa kerja pun, perlu dibuat dengan ikhlas dan niat kerana Allah.

16 March 2009

kek keju coklat dan strawberi




Resipi nie simple ajer, saya reka sendiri setelah melihat pelbagai laman web dan rancangan masakan. Kek keju ini senang sebab tak perlu bakar cuma perlu jaga kuantiti gelatin. (jangan terlebih atau terkurang)



Resipi
250 g Cream cheese
200g cream milk
2 sudu makan gelatin
5 sudu air
1/2 cawan serbuk koko
5 biji strawberi
1 sudu teh orange paste
2 cawan gula icing ( kalau nak manis boleh lebihkan sedikit)
20 keping biskut marie ( mana-mana jenis biskut pun boleh )
100 gram mentega

Cara-cara buat crust kek keju

1. Hancurkan atau mesinkan biskut marie.
2. Cairkan mentega dan tuang keatas biskut marie dan gaulkan sampai rata-pastikan aduanan basah sedikit, kalau kering ,tambahkan lagi mentega cair.
3. Ini petua saya dapat dari kak nurr, tak payah nak beli bekas kek mahal-mahal, anda cuma beli plastik untuk balut kek dan lekatkan plastik itu mengikut saiz pinggan.
4. Masukkan campuran biskut marie kedalam plastik dan ratakan dan tekan pelahan-lahan sampai padat , masukkan kedalam peti ais
sementara itu and boleh mulakan langkah dibawah ini...
Cara-cara
1. Masukkan serbuk gelatin dan air kedalam periuk kecil dan panaskan secara "double boiling".
2. Setelah gelatin larut. Angkat dan ketepikan sebentar.
3. Pukul susu krim sehingga pekat dan masukkan gula sedikit demi sedikt sehingga habis. pukul sampai kembang.
4. Masukkan serbuk koko , orange paste dan strawberi ( strawberi tu saya belah dua dan tabur sedikit gula dan biarkan sebentar 4-5 minit, stramberi akan menjadi lembik, lepas tu hacurkan dengan garpu)
5. Masukkan cream cheese( ikutlah mana-mana jenama yang anda suka) -cream cheese tu potong kecil-kecil dan biarkan pada suhu bilik sebentar.
6.Masukkan gelatin .Pukul sehinga sebati dan kembang
7. Keluarkan pinggan tadi tu, tuang adunan kedalam plastik tu dan ratakan dan hiaskan ikut suka hati dan perasaan anda.
Masukkan kedalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum boleh makan.

Hantaran Pertunangan




Carrot yang diperbuat dari span yang di isi dengan gula, adik saya yang buat.